Wednesday, March 27, 2013

Waras

Tidur bukan hilang penat
bangun dengan berpeluh peluh
mungkin tanda musim panas sudah berada di kemuncak

tapi bukan itu sahaja
aku bangun dengan
benci pada diri
benci lihat muka sendiri
benci pada diri sendiri

rasa gila
rasa hilang

bantulah aku lupakan semua ini

bantulah aku perbetulkan kesalahan aku
berikanlah ruang kemaafan mu kepada ku
berikanlah rezeki mu kepada ku
berikanlah segala yang terbaik untuk aku

Ya Allah inikah ujian
aku kini hanya bersandar padamu

Berilah aku kekuatan Ya Allah

kukuhkanlah hati ini ya Allah
tetapkan lah hati ini
berikanlah petunjukmu Ya Allah
berikan lah aku kasih sayang mu

jauhkahlah hasutan Syaitan ini dari aku
berikan aku ketenangan

kembalikan kegembiraanku

kembalikan kewarasanku

hentikan nya

kembalikan aku Ya Allah

kembalikan aku seperti sediakala .....

Geram Geram Geram


Akhirnya dapat teddy bear... 
happy

tapi lepas tu jadi tragedi 

tgk je benda ni jadi marah

marah kat diri sendiri

kenapa la aku ni macam ni

kenapa tak boleh nak kata tak

kenapa tak nak luah kan rasa kat hati tak nak

dari gembira jadi mimpi ngeri.....

bagi nama dia TB .... ada masa rasa marah sangat 

ada masa rasa sedih sangat

ada masa rasa bengang sangat

mana pergi gembira masa dapat ...............



Thursday, March 07, 2013

5.34pagi

Masih belum tidur. Dua tiga minggu ni tak sihat. Buatan sendiri.

Dua minggu lepas ni sibuk, jaga ibu, bwk ibu ke klinik tiap pg
Petang pulak layan jaga pakcik patah kaki. Alhamdullilah dah keluar hospital

Untung pakcik anak dia kaya kaya. Mampu beli katil mcm kat hospital. Siap meja n kipas. Stock brang jgn cakap la . Bila aku datang. Kalau ada org len datang melawat. Cecepat amik peluang ke dapur test air pepelik. Sedap. Akhirnya dapat gak rasa. Tekak nak memacam. Bila tak dapat , mula melantak makanan kat umah. Still lapar alam.

Letih dan letih dan letih . Ada yang boleh faham aku ke?

Mohon dapat tdo

Friday, March 01, 2013

Umpama bunga dilaman rumah

Aku perlu disiram .
Tanah tumpahku terletak di khaltulistiwa .
Aku sering rasa haus siramlah daku. Aku ingin berbunga.
Maka , bajalah aku dan gemburkan tanah disekeliling aku.
Kadangkala timbul rumput yang menyesakkan aku .
Bantulah aku hapuskan dia, racun la dia untuk aku kembali bernyawa.
Akan aku hadiahkan bunga untuk kamu yang menjaga dan melindungi aku.
Jangan biarkan aku hidup sendiri.
Aku rasa layu dan sayu.
Jangan buang aku yang layu.

Masih ada ruang untuk aku kembali bernyawa. Tolong! tolong ! aku sesak

Jangan biarkan aku mati.

-Alish 2013-

Hujan

Sesungguhnya guruh dan hujan diluarsana menggambarkan segala kesakitan yang aku rasa sekarang. Sakit ni lebih parah dgn hati yang dicalar. Ya Allah  , hanya engkau yang tahu kebenaran ini.

Sesungguhnya pada Mu aku berserah dan redha dgn ketentuan yang diberikan. 

Berilah aku cahaya disebalik ribut dan petir ini.