Thursday, January 24, 2013

Diam

lately aku banyak diam je... malas nak update sangat, malas nak cerita sangat

kurang gemar untuk orang sibuk sibuk "Ambil tahu"

term "Ambil tahu" sekarang dah tak boleh nak pakai sangat

Ambil tahu - hanya untuk komen tindakan kita
Ambil tahu - hanya untuk kutuk kita kat belakang
Ambil tahu - hanya untuk mengumpat kita
Ambil tahu - hanya untuk kata yang dia dah kata
Ambil tahu - hanya untuk meningkatkan ego diri
Ambil tahu - untuk pastikan orang lain jauh jatuh dari kita

ya ... iya berbunyi negatif, tapi kita pun tahu, ia benar

maka aku banyak DIAM sekarang

sebab aku dah malas nak layan orang yang hanya ingat dia bagus, hanya salahkan kita dalam setiap benda kita sebut, maka sekali lagi Diam lebih baik.... sebab satu patah perkataan aku tulis pun lepastu salah aku, then he walk away with last word as if i am the stupid bitch.. well i dont care, respect goes along the way, respect go down the drain once you keep commenting on me and even blame my family... what else should i say or write, bila jawap sepatah sebab takut di salah ertikan... MASIH salah erti... buat apa lagi aku nak cari benda yang tambah kusut aku.... cukup apa yang aku hadapi sekarang

aku pun tak faham kenapa sesetengah orang yang hidupnya berjalan seperti yang diharapkan berterusan mengadu di FB dll benda kecik.... walhal ada orang lain yang lebih kurang bernasib baik.... oleh kerana aku dah tulis macam ni... lebih baik aku berterusan DIAM


teruskanlah cara kamu untuk terus salah faham dan sibuk salahkan orang lain
teruskanlah sibuk nak mengata, mengumpat
teruskanlah mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain
dah akhir sekali teruskanlah merasa diri hebat atas kecundangan orang lain

aku okay atau tak dan lain lain persoalan yang tak ada kena mengena dengan apa apa lagi....D.I.A.M

Friday, January 11, 2013

Pelajar, Manja, Tekanan dan aduan




Memang manja.... mengadu mengadu dan mengadu, bila di tegur terus cakap En, Dr, Prof tak professional, lecturer tak bagus dan terus mengadu mengadu dan mengadu apparatus la, MUET band 2 pun nak bagi grad? lab tak jumpa la, Fakulty tak bagus la menyusahkan pelajar, jadi saya pun nak mengadu ... kenapa manja sangat?

inikah kualiti yang kita nak... bukankah sedikit usaha akan membawa kita lebih jauh? entah.. renung renungkan

sedang aku tulis post ni.. tiba tiba kawan pengajar fizik tag aku pada gambar ni:



pengajar tersebut mendapat text : "Assalam, cik xpenah ajar pon pasal compressibility.dlm slide and buku xde pon pasal 2. ramai budak S1 xdpt jwb. markah hilang cm 2 je."

apa pendapat anda? sudah jelas soalan tersebut bagi saya... kesian pada kawan saya bila dia call budak tu terus letak bila pengajar tu beritahu rumus telah disertakan...

tak berani nak comment pasal attitude pelajar sebab aku sangat malas nak amik port sekarang pasal tahap kesungguhan mereka dan attitude 
 dan ramai yang tension bila pelajar layan tab dan HP. saya tak kisah pulak pasal tu cuma masa tengah bagi penerangan saya akan tanya... "okay okay letak segala device bagi ruang untuk saya explain kejap boleh tak?...." 

dan saya bagi Salam ketika mereka sibuk buat hal bukan berkenaan ketika saya sedang mengajar. 

alhamdullilah bila dah 2-3 kelas no more tab on table , HP di angkat bila cakap "saya nak explain ni" masing masing senyap sekejap maka mungkin itu caranya

dan kalau saya rasa muka pelajar saya haritu sangat blur, saya wajibkan setiap seorang jumpa saya sebelum balik, saya akan tanya ada apa apa yang tak faham nak tanya tak, baru bagi tandatangan attendance ... lucu sebab saya rasa keadaan ketika soal jawap macam tu kita boleh tengok usaha mereka, kita sendiri akan sejuk hati walaupun baru lepas rasa nak marah... tepuk sebelah tangan memang tidak berbunyikan

bab datang lewat, dulu salah kowt masa sem 2-3 mengajar sebab dah masak sangat dengan perangai bebudak kat sini dengan alasan diaorang aku buat macam cik gina buat gertak sikit... "minggu depan siapa datang lambat kunci pintu", walaupun cik gina tak kunci still duk luar pintu takut nak masuk walau 5 minit lambat.... tapi cara ini tidak bergitu berkesan

haha lepas tu sem seterusnya dah tahu nak jawap macam mana bila student cakap... "cik lecturer lain kalau kelas kul 8 pagi, 8.15 baru datang la cik..... cik ni skema la" 

Tak apa lah kawan kawan tak semua pelajar boleh terima kita, macam penilaian yang aku dapat (Rujuk no 6): 


tak kira la macam mana kita berusaha jadikan kelas itu menarik, lebih input, beri banyak muka dan contoh, bila ada seorang yang kita tegur cara baik atau tidak masih akan mereka simpan dalam hati.... masih akan ada satu group pelajar yang tidak boleh terima kita

yang penting kita jujur, professional dengan waktu dan masa mengajar , bagi input yang baik, sentiasa bersedia dengan soalan pelajar, tazkirah bila ada peluang ikut pada situasi, banyakkan bersabar, relax dan yang penting jangan sentap dengan pelajar sangat... 
kita tak boleh samakan zaman diaorang dan zaman kita

perbezaan dari segi dari mana diaorang datang, environment mereka memang macam ni, mungkin sampai masa untuk kita cuba approch lain

aku dah belajar dari kesilapan aku masa kena warning dengan dekan satu fakulti ini, walaupun aku still rasa sedikit terkilan pada dekan dan ketua jabatan hanya percaya pada pelajar tersebut aku belajar untuk lebih relax, dan biarkan sahaja, jika kualiti bukan yang di cari, maka aku hanya berusaha untuk sampaikan subject tersebut sebaik yang mungkin.... memang pelajar sekarang kebanyakkannya sangat minta hanya disuap, tapi ada cara untuk kita menggerakkan mereka supaya boleh gerak sendiri..... insyaAllah doa untuk mereka dan usaha dari kita mungkin akan cermin kembali kejujuran kita untuk mereka berjaya lebih terserlah ... jadi sabar la ok :D