Wednesday, September 11, 2013

Oit malas malas malas

okay aku dah malas sebenarnya.. lagi harini tak ada mood alam kecuali rasa nak balik tidur je .. damn damn damn ...


lama dah tak tulis apa apa .. sawang pung banya

issue issue semasa

biasa... kandang kadang dapat kawan yang awesome
kadang kadang dapat yang back stabber asshole

solution.. angkat kaki dari terus terhina dihina .... bleess aku tak pandai mana pun.. sekurang kurangnya aku tak hina orang

biasa ... kadang kadang terasa nak makan sesedap
tengok pocket fikir banyak tanggung jawap..
solution  diam dan telan air liur... harini terpaksa tolak rezeki :( owh pizza sedapnya kalau dapat.. tak apa tak ada rezeki


biasa.. balik kampung tengok tanaman mati
tak rasa marah.. nak jaga pun jauh.. hati tanam jugak hasrat nak cucuk tanam kat sini
solution : curi je ciku kat pavement tu

biasa orang tanya kereta mana
jawap: kat bawah
soalan: aku parking kat bawah tak nampak pun
jawap: kancil degree aku
soalan: kau dah kenapa bawak kancil ... dah miskin RM0.20 ke

lol... cetek rupanya orang belajar tinggi ni...

solution: tak payah belajar tinggi.. SEKIAN

lucu ada kenalan macam ni. apa nak dicemburukan.. lelaki pun boleh cemburu kat aku... kemmon... jelak pulak aku dengan orang macam ni,,... kalau aku bawak Renji .. jeling lain pattern pulak... aku bawak kancil kata lain pulak.. lucu... orang kita dah tak kira bangsa sekarang.. mulut sama je.. hati busuk ...

Natural PHD: Perasan Hasad Dengki

apa kata berhenti kacau aku... korang tak penat ke nak kira kiri kanan aku... bergitu insecure ke korang ni.. . tengok.. aku pun dah macam kau.. mempersoal dan menghina... ok we even now.... you may go to hell... so long suckers ...

Wednesday, May 08, 2013

Ubah katanya

Memang aku dah maafkan orang yang cakap aku kafir sebab aku cuma kawan dengan pelbagai bangsa, masa tu kuota pelajar bumiputera telah pun dimansuhkan. setiap kali aku masuk asrama memang sentiasa pelbagai bangsa satu level tapi sepanjang aku belajar memang aku ada satu dua je kawan berbangsa Melayu yang aku rapat. aku syukur aku kenal diaorang , diaorang selalu ingatkan aku solat sebab diaorang aku jadi kagum nak belajar dengan lebih baik dan selalu baca Al-quran selepas maghrib

ada baiknya ada buruknya politik... baik adalah orang orang yang perli aku kafir, tak reti cakap bahasa Malaysia tu akhirnya yang paling pungpang pungpang kat FB..

Tuesday, April 16, 2013

Chin up

Bukan lah chin up yang selalu buat kat taman taman riadah tu

but to chin up ... but self applicable aku tak faham kenapa aku harus jumpa orang yang buat salah dengan aku ... tapi untuk orang lihat lebih baik maka dia burukkan aku, serang melulu... aku rasa aku ada saka orang benci kowt... haha itu lawak ok....


apa pun kehadapan Sheikh Nasir Kamaruddin  , God have way of paying your sins, i have forgiven you all this while please do not make me regret ...... remember your dept to me, remember how you show no remorse thou my dad pass away .... if i were you i would not easily talk bad about others who kept your dirty business. if i were you i wont put any idea to people .... please remember how you lied and being unprofessional .....

I wish you all the best....




Thursday, April 11, 2013

Malas

Malas aku nak rapat dengan orang sekarang... aku lagi suka diam diam buat hal aku je dari ada BFF bagai ni semua...

aku banyak tarik diri ... nak jaga hati sendiri

ada sorang kawan ni tak habis habis ada je nak complain .. aku rasa aku tak salah tarik diri dari kawan dengan dia sebab dia suka sangat guna nama aku kat suami dia.. tak kira la.... apa pun ... bagi tau jela jujur.. suami kau kot.. memula aku diam je... bila dia sentuh ibu aku je aku terus tak ada kuasa nak cakap dengan dia... yes aku benci dia sangat


ada sorang ni pulak serba serbi semua kena ikut dia, mesti ada je ayat owh kalau kita buat cam ni, owh kalau kita macam tu, mak kita kata macam ni, mesti nak kena buat macam ni, ehe ehe ehe ... ok pening rimas


ada sorang ni aku tak faham dia tau kan dia suka sangat reply benda yang tak ada kena mengena dengan topic yang orang tengah bincang, lepas tu suka sangat cakap pasal dia tau dia macam ni dia macam tu... tapi ada ke nak ubah.. tak ada kat... so aku pun hurm malas lah nak cakap.. cukup la sekali tu ....

group satu tu pulak suka sangat mencarut

group yang ni suka sangat cerita benda yang aku dah lalui dekat 3 tahun sampai aku dah tak lalu nak dengar.. cuma beza aku dengan diaorang takde la nak tulis kat status bagai

group yang satu ni okay cuma topic agak busan

group yang satu ni tak de kerja lain makan makan dan makan

group yang satu ni tak leh blah... gossip kowt manjang

entah mungkin aku dah tua.. aku malas nak layan cerita budget bebudak .. suka sangat cakap orang lain bebudak... diri sendiri tu cam haram tak nak pulak citer

Tuesday, April 02, 2013

Just a minor glitch

ya well .... minor glitch ... itu apa yang aku cakap kat diri aku


apalah sangat tak ada kawan
apalah sangat tak ada abang
apalah sangat asyik kita je kena marah
apalah sangat orang asyik pijak kita

apalah sangat tak kawin lagi
apalah sangat duduk kampung ni
apalah sangat tak ada orang nak tolong
apalah sangat orang asyik nak ajar kita
apalah sangat asyik meminta minta....

bantuan tu tak perlu ada....
tak ada pun tak apa ... alish kuatkan semangat...

satu hari nanti biar ibu kita yang jaga ya....


Terima terima dan terima.....

Wednesday, March 27, 2013

Waras

Tidur bukan hilang penat
bangun dengan berpeluh peluh
mungkin tanda musim panas sudah berada di kemuncak

tapi bukan itu sahaja
aku bangun dengan
benci pada diri
benci lihat muka sendiri
benci pada diri sendiri

rasa gila
rasa hilang

bantulah aku lupakan semua ini

bantulah aku perbetulkan kesalahan aku
berikanlah ruang kemaafan mu kepada ku
berikanlah rezeki mu kepada ku
berikanlah segala yang terbaik untuk aku

Ya Allah inikah ujian
aku kini hanya bersandar padamu

Berilah aku kekuatan Ya Allah

kukuhkanlah hati ini ya Allah
tetapkan lah hati ini
berikanlah petunjukmu Ya Allah
berikan lah aku kasih sayang mu

jauhkahlah hasutan Syaitan ini dari aku
berikan aku ketenangan

kembalikan kegembiraanku

kembalikan kewarasanku

hentikan nya

kembalikan aku Ya Allah

kembalikan aku seperti sediakala .....

Geram Geram Geram


Akhirnya dapat teddy bear... 
happy

tapi lepas tu jadi tragedi 

tgk je benda ni jadi marah

marah kat diri sendiri

kenapa la aku ni macam ni

kenapa tak boleh nak kata tak

kenapa tak nak luah kan rasa kat hati tak nak

dari gembira jadi mimpi ngeri.....

bagi nama dia TB .... ada masa rasa marah sangat 

ada masa rasa sedih sangat

ada masa rasa bengang sangat

mana pergi gembira masa dapat ...............



Thursday, March 07, 2013

5.34pagi

Masih belum tidur. Dua tiga minggu ni tak sihat. Buatan sendiri.

Dua minggu lepas ni sibuk, jaga ibu, bwk ibu ke klinik tiap pg
Petang pulak layan jaga pakcik patah kaki. Alhamdullilah dah keluar hospital

Untung pakcik anak dia kaya kaya. Mampu beli katil mcm kat hospital. Siap meja n kipas. Stock brang jgn cakap la . Bila aku datang. Kalau ada org len datang melawat. Cecepat amik peluang ke dapur test air pepelik. Sedap. Akhirnya dapat gak rasa. Tekak nak memacam. Bila tak dapat , mula melantak makanan kat umah. Still lapar alam.

Letih dan letih dan letih . Ada yang boleh faham aku ke?

Mohon dapat tdo

Friday, March 01, 2013

Umpama bunga dilaman rumah

Aku perlu disiram .
Tanah tumpahku terletak di khaltulistiwa .
Aku sering rasa haus siramlah daku. Aku ingin berbunga.
Maka , bajalah aku dan gemburkan tanah disekeliling aku.
Kadangkala timbul rumput yang menyesakkan aku .
Bantulah aku hapuskan dia, racun la dia untuk aku kembali bernyawa.
Akan aku hadiahkan bunga untuk kamu yang menjaga dan melindungi aku.
Jangan biarkan aku hidup sendiri.
Aku rasa layu dan sayu.
Jangan buang aku yang layu.

Masih ada ruang untuk aku kembali bernyawa. Tolong! tolong ! aku sesak

Jangan biarkan aku mati.

-Alish 2013-

Hujan

Sesungguhnya guruh dan hujan diluarsana menggambarkan segala kesakitan yang aku rasa sekarang. Sakit ni lebih parah dgn hati yang dicalar. Ya Allah  , hanya engkau yang tahu kebenaran ini.

Sesungguhnya pada Mu aku berserah dan redha dgn ketentuan yang diberikan. 

Berilah aku cahaya disebalik ribut dan petir ini.

Thursday, February 28, 2013

Panah di dada

setiap tuduhan
setiap perli
setiap kata
Setiap hinaan
seperti panahan dalam hati

ketika itu aku bertahan juga.... bertahan dan sentiasa mempertahankan
Mohon katakan dihadapan muka ini Dan
ketika mengetahui sesuatu yang tidak disangka

seperti panahan dalam hati

aku nangis harini kerana hati aku amat tercalar... macam mana aku menjaga... macam mana terbaik aku cuba lakukan akhirnya aku makin terluka...

aku perlu larikan diri, aku perlu bawa diri.... Ya Allah kesedihan ini hanya kau yang tahu

ampunkanlah segala dosa aku, berilah aku ketenangan .... banyaknya masalah dan dugaan.... tabahkan hati mu alish....

........................................................................................................................





semalam baca ni kat page kawan..... mungkin satu hari nanti untuk aku....


BACA YAA... Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Tak boleh tahan .. kena tulis juga

Entah macam mana seseorang itu klasifikasikan hidup dia sebagai banyak masalah, banyak dugaan ... aku dah start busan baca status update sesetengah orang yang tak bersyukur sebab ada dua tiga orang ni buat aku rasa aku pulak yang patut mengeluh macam diaorang

status 1:  "Aku ni susah la banyak masalah" - mak bapak ada lagi -1  kedua kerja mengajar la, kawin belum ... gadget baru je... so aku tak tau mana masalah dia.. sebab bila tak ada duit ..  masih rancak lagi mintak mak bapak... so ko pe hal?

status 2: "Mak aku tinggal kat kampung la, biar la dia , dia suka" ... so bila mak jatuh sakit pun tak nampak la kan, mak makan apa pun tak kisah... yang penting aku + suami + anak anak enjoy dul KeyEll ni

status 3: "banyak betul dugaan aku" - lepas tanya... rupanya lupa tanda tangan dalam borang permohonan ... ok dugaan kau ni best la.. aku suka... bak datang sikit.... kau amik la dugaan aku.. tak banyak sikit je ....bagi aku la.. hahahaha

status 4: "Eh aku tak ada duit la... susah kerja macam ni, tapi dah tak ada , kena juga kerja macam ni" ...... Eh eh eh tu HP baru, Keta baru, tudung baru ... pe kes... bukan dari duit kerja tadi.. apa masalah kai sebenarnya


banyak lagi la .. minggu ni... rasa baru hari rabu ni .... rasa dah banyak betul mengarut alam ....

tak apalah.... alish.. itu adalah dugaan dan masalah diaorang... mungkin dia nampak benda tu susah kat dia... untuk kita yang banyak lagi masalah dari dia... diam dan tgk je la... nak buat macam mana... kata kawan.... buat je la cara kawan kan.... tak boleh nak elak rasa sakit hati aku ni... sebab kalau aku jadi dia .. dah syukur la cuma tanda tangan je tak letak, sebab kau tu nampak senang la orang tak nampak kau susah

Tuesday, February 26, 2013

Hensem dan Qari???


Hensem dan Qari???

waaa untung la siapa jadi isteri dia...

Mohon dapat anak macam dia :D  sejuk haaa perut ni

mana nak dapat lelaki hensem qari macam ... usah la berangan ok


siapa nak kenal dia.... boleh la pergi ke
https://www.facebook.com/fatihseferagic

lepas tu .. kalau terrer , sila la menyelinap masuk belajar kelas Al-quran dengan dia kat Skype .. hoyehhhh


haaaa mana la tak cakap kena menyelinap... mohon lah ye mohon buka mata besar dan baca.... pelajar dari malaysia dengan in in in tak diterima buat masa ini

oklah... sekian sahaja berangan untuk dapat anak macam ni

ya aku tau belum kawin... tak salah kan nak berangan ... kat malaysia manalah ada si mata biru dan qari .... 

kalau mata biru banyak la... tapi celup dan kucing kaler putih kat umah makcik tu... nama embun 

Thursday, February 21, 2013

Buta Hati dan Persepsi (Cont)

I copied from FB... not quite sure who the writer is, since the text was taken from friend's wall ..... but another true story related to my first post on this


‎3 Things I Wish I Knew Before We Got Married


I used to think I had my stuff together. Then I got married.

Marriage is great—but it rocked everything I knew. I quickly realized my basic goal in life, prior to getting married, was to simply remain undisturbed.

This “disruption” came suddenly and was disguised as a 5-foot-nothing Swedish-Filipino woman. When I decided I’d rather not live without her, I proceeded to ask her to marry me—that is, to officially invite someone who wasn’t me to be in my personal space for the rest of my life.

This decision introduced my most significant experiences and most challenging experiences—none of which I would trade for the world.
However, I wish I’d had a bit more insight on the front end of our marriage to help me navigate it all.
According to most research, more than 50 percent of people who say “I do” will not be sleeping in the same bed eight years from now. And though Scripture alludes to the fact that adultery and abuse may be reasons individuals might end a marriage, I’d be willing to bet that most challenges experienced in marriage are the result of unawareness. Most people—myself included—jump into marriage with suitcases full of misconceptions and bad theology, entirely unaware of the unique beauty and paradoxical intentions of marriage.

Although happiness is often a very real byproduct of a healthy relationship, marriage has a far more significant purpose in sight.
The following are three thoughts on marriage that friends and mentors have shared with me. I remind myself of them often in hopes of keeping this anomaly called marriage both enjoyable and healthy.

1. Marriage is not about living happily ever after.

Here’s the truth: I get annoyed at my wife. But this is more a reflection of me than her.

I’m intensely certain that nothing in life has ever made me more angry, frustrated or annoyed than my wife. Inevitably, just when I think I’ve given all I can possibly give, she somehow finds a way to ask for more.

The worst part of it all is that her demands aren’t unreasonable. One day she expects me to stay emotionally engaged. The next, she's looking for me to validate the way that she feels. The list goes on—but never ventures far from things she perfectly well deserves as a wife.

Unfortunately for her, deserving or not, her needs often compete with my self-focus. I know it shouldn’t be this way, but I am selfish and stubborn and, overall, human.

I once read a book that alluded to the idea that marriage is the fire of life—that somehow it’s designed to refine all our dysfunction and spur us into progressive wholeness. In this light, contrary to popular opinion, the goal of marriage is not happiness. And although happiness is often a very real byproduct of a healthy relationship, marriage has a far more significant purpose in sight. It is designed to pull dysfunction to the surface of our lives, set it on fire and help us grow.

When we’re willing to see it this way, then the points of friction in our marriages quickly become gifts that consistently invite us into a more whole and fulfilling experience of life.

2. The more you give to marriage, the more it gives back.

Over the past year, a few friends and I have had an open conversation about the highs and lows of marriage—specifically how to make the most of the high times and avoid the low ones. Along the way, we happened upon a derailing hypothesis that goes something like this: If one makes their husband or wife priority number one, all other areas of life benefit.

When we return marriage to its rightful place in our priorities, it can quickly turn into the greatest asset to every other layer of our lives.

It’s a disorienting claim. Disorienting, because it protests my deeper persuasion that success as an entrepreneur, or any professional, requires that career takes the throne of my priorities and remain there for, at the very least, a couple of years.

However, seeing that my recent pattern of caring about work over marriage had produced little more than paying bills and a miserable wife, I figured giving the philosophy a test drive couldn’t hurt.

For 31 days, I intentionally put my wife first over everything else, and then I tracked how it worked. I created a metric for these purposes, to mark our relationship as priority, and then my effectiveness in all other areas of my life on the same scale, including career productivity and general quality of life.

To my surprise, a month later, I had a chart of data and a handful of ironic experiences to prove that the more you give to marriage, the more it gives back.

Notably, on the days my wife genuinely felt valued, I observed her advocating for me to invest deeply in to my work. She no longer saw our relationship and my career pursuits as competitors for my attention, and as she partnered with me in my career, I have experienced the benefits of having the closest person in my life champion me.

Of course, marriage requires sacrifice. And sometimes it will feel as if it takes and takes. However, when we return marriage to its rightful place in our priorities, it can quickly turn from something we have to maintain and sacrifice for into the greatest asset to every other layer of our lives.

3. Marriage can change the world.

John Medina, the author of Brain Rules and a Christian biologist, is often approached by men looking for the silver bullet of fathering. In one way or another, they all come around to asking, “What’s the most important thing I can do as a father?”

Medina's answer alludes to a surprising truth.

In my previously mentioned experiment, I measured the effect that making my marriage priority number one had on different areas of my life. One of those areas was my 16-month-old son’s behavior.

What I found in simply charting my observations was that the majority of the time, my child’s behavior was directly affected by the level of intention I invested in my marriage.

Re-enter John Medina, the Christian biologist. After years of biological research and several books on parenting conclusions, what is his answer to the question, “What’s the most important thing I can do as a father”?

“Go home and love your wife.”

Gary Ezzo and Robert Bucknam, the authors of Babywise, say it this way: “A healthy marriage creates an infused stability within the family and a haven of security for a child in their development process.” They go on to sum up their years of research by saying, “In the end, great marriages produce great parents.”

The point is that marriage has a higher goal than to make two people happy or even whole. Yes, the investment we make into our marriage pays dividends for us. But, concluded by Medina and his colleagues, the same investment also has significant implications for our family, our community and eventually our culture.

So men, women, the next time you find yourself dreaming about living significantly or succeeding in your career or being a better parent than yours were to you, do the world a favor: Go home and love your wife. Go home and and love your husband.

Wednesday, February 20, 2013

Wasted

Apa yang aku buat ni. Asyik hancurkan diri aku sendiri

Tolong la belajar dari kesilapan .

Kenapa kau sentiasa pertaruhkan diri kau

Mula la bina hidup kau.

Tolong la berusaha bantu diri kau

Buta hati ada persepsi

Aku tertarik dengan satu artikle pasal suami akan dilayan seperti raja jika suami layan isteri seperti pemaisuri

Kita semua pernah lalui

Pelbagai tips rumahtangga boleh dibaca atas talian, lebih lebih lagi capaian mudah di FB. Sejauh mana ego kita jatuhkan kita. Bergitu jualah ego meruntuhkan rumah tangga yang dibina.

Sejauh mana kita ambil iktibar dari apa yang pernah berlaku dan tips yang boleh dibaca.

Puas dengar rumah tangga retak ditengah jalan.

Bagi aku. Tiada yang berlaku adalah kesalahan dari sebelah pihak. Tapi jika hati penuh dengan kesabaran dan iman. Tak mungkin perceraian itu berlaku.

Semua orang pun sudah dewasa. Semua orang pun susah untuk menerima nasihat.
Dan tiada apa yang boleh mengubah diri kita. Kecuali diri kita sendiri

Sunday, February 17, 2013

Peluang kedua dan persediaan diri

Peluang kedua bermaksud bermula dengan muka baru , buku baru tetapi jangan jadikan attitude diri sendiri sebagai penghalang

apalah maksud peluang kedua jika hanya untuk melakukannnya lagi
apalah maksud peluang kedua hanya untuk memusnahkan lagi

maka peluang kedua untuk diri aku bermaksud merubah segala yang pernah aku lakukan kepada perkara yang berbeza. kali pertama mengajar kita, kali kedua adalah untuk kita belajar dari apa yang telah belaku.

semua orang pernah mendapat peluang kedua, ada sesetengah orang tidak mampu untuk memberi peluang kedua

bila bercakap pasal peluang kedua... semua orang akan ingat dia bersangkutan dengan manusia lain...

tapi sebenarnya lebih kepada diri kita sendiri.... adakah kita memberi peluang kedua kepada diri kita sendiri atau tidak. Dan adakah perangai kita masih seperti dulu, jika jawapan anda adalah YA maka anda masih di tahap lama....

semalam aku terkilan sebab aku dah beri peluang kedua kepada diri aku sendiri... tapi di sekitar aku masih berada di tahap lama menyebabkan segalanya sukar untuk bermula. maka aku sedih memikirkan adakah ruangan ini juga akan hancur lebur . semangat yang asalnya tinggi luntur.

bila aku cakap aku ada masalah .... aku tak mampu nak sebarkan masalah aku... maka aku simpan dan simpan....

walau aku syukur ada yang ambil berat tapi mampukah mereka faham dengan keadaan aku.

Entahlah.... rasa hancur... saya sedih... tetap selubung hati aku pagi ni walau aku cuba untuk lupakan banyak perkara...

kenapa kesabaran kita selalu di uji...

baru baru ni aku rasa sangat sentap.... layanan orang berbeza.... tapi aku tak sangka kenapa orang sentiasa rasa dia bagus, keluarga dia bagus, pertuturan dia bagus, perangai dia bagus.... kenapa pula ada yang tahu mereka memang macam tu dan akhirnya mengulanginya diwaktu yang sama....

aku yang di kata kampung, aku yang di layan seperti SPM pun tak lepas, Degree pun tak lepas... aku tak terganggu dengan itu cuma aku terkilan dengan penilaian aku terhadap manusia... benarlah orang yang lembut sentiasa dipijak. Aku sedang mencuba selebih baik untuk biarkan air nampak tenang di permukaan walaupun hati aku melonjak lonjak berkocak.... TERKILAN

Friday, February 08, 2013

Luka dihati masih dalam

Luka, rasa luka dan terluka aku mula takut bila nak cakap pasal kawin, luka sebab aku rasa segalanya menakutkan dikala ini..... aku baca ni kat fb: 

aku tak pernah pun cari yang sempurna.. yet aku tak pernah dapat yang sempurna sebab aku yakin aku pun tak sempurna.... 

lepas tu aku baca ni: 



aku sekarang dah cuba kurangkan kebencian ... tapi aku masih dibelengu dengan masalah... macam mana nak free from worries while there is tons of stuff in my mind


jujurnya 
aku tak pernah kisah jika pasangan aku tak kaya
kerana aku yakin rumah tangga yang bahagia tak perlukan kekayan dari segi wang ringgit
tapi kaya dengan kasih sayang dan kesanggupan untuk susah senang bersama

tapi bila aku fikir balik banyak sangat nak berkorban.... kena diet untuk suami gembira
kena tahan perasaan dan pendapat kerana suami tak mampu untuk terima pendapat dan pandangan
kembali semula pada cerita yang aku cerita dulu... kawan kepada kawan aku ugut isteri dia untuk kurus kalau tak dia cari lain atau ceraikan... tapi dia tak fikir ke dia kerja apa... dia dah cukup ke bagi kasih sayang  dan harta benda sampai nak ugut macam tu

bila aku baca balik post pasal benda tu aku jadi takut

sebab aku tak pernah dapat boyfriend yang kaya, apatah lagi yang bertolak ansur, apa lagi yang boleh terima aku seadanya

bukan tak bersyukur tapi bila aku baca ni:


it does make sense ... memang aku boleh buat semua benda sendiri... tapi bukan tugas lelaki ke nak take over ... tapi bukan dengan menyombong dan menunjuk nunjuk.....

aku rasa sedih dengan cerita jodoh aku

aku tak memilih... terlalu tidak memilih dan terlalu bertolak ansur sampai aku dapat lelaki yang tak hargai aku dan terima aku seadanya aku...

serius aku cemburu pada kawan kawan aku yang biasa biasa je... 
they end up dengan lelaki kaya... kalau tak kaya lelaki yang sentiasa bagi sokongan padu dan kasih sayang

aku bukan nak banyak.. aku nak lelaki yang dampingi aku tahu ini:

fight for me, fight for us... stand up for us.. bukan lelaki yang sibuk nak salahkan setiap benda dari kecil sampai besar jatuh keatas aku

aku sedih... aku takut nak menghadapi rumah tangga sebab memikirkan bakal suami aku bodohkan semua orang kiri dan kanan pasal benda kecil

mengamuk dan marah marah pasal benda kecil

aku tak nak besarkan anak aku dalam dunia / ketua keluarga yang memperkecilkan orang lain. ketua keluarga yang tidak boleh menerima pendapat dan padangan orang lain., ketua keluarga yang tak boleh bertolak ansur... kesiannya anak aku..... based on history... this is what i always get....

Ya Allah ... kenapa tiba tiba aku rasa macam ni.... 
strikes me suddenly hari ini dan pagi ini

mulanya hari aku harini sangat gembira... aku dah siapkan kerja ibu... aku sattlekan sikit bill satu pagi ni... tunggu dan bergegas kesana sini

berniat dah 3 minggu nak makan asam pedas dengan tenang dan gembira...
dan akhirnya ... satu hari aku terfikir pasal benda ni... aku just nak happy je
macam kawan kawan aku yang lain.... aku cemburu sebab aku rasa pengorbanan aku selama ni terasa disia siakan... sampai bila aku nak sedih. aku tak tau.. dengan keadaan sekarang agak gawat bagi aku... dua 3 minggu ni dah tak umah sangat duk kesana sini cuba dan cuba cari ruang rezeki... 

walau belum ada yang positif tapi aku gembira dapat berusaha .... 

tapi aku sedih sebab aku masih belum jumpa orang yang boleh terima aku seadanya sebagaimana aku sentiasa terima orang lain seadanya.... selamat malam dunia.. mohon mampu lupakan segalanya disaat ini




Thursday, January 24, 2013

Diam

lately aku banyak diam je... malas nak update sangat, malas nak cerita sangat

kurang gemar untuk orang sibuk sibuk "Ambil tahu"

term "Ambil tahu" sekarang dah tak boleh nak pakai sangat

Ambil tahu - hanya untuk komen tindakan kita
Ambil tahu - hanya untuk kutuk kita kat belakang
Ambil tahu - hanya untuk mengumpat kita
Ambil tahu - hanya untuk kata yang dia dah kata
Ambil tahu - hanya untuk meningkatkan ego diri
Ambil tahu - untuk pastikan orang lain jauh jatuh dari kita

ya ... iya berbunyi negatif, tapi kita pun tahu, ia benar

maka aku banyak DIAM sekarang

sebab aku dah malas nak layan orang yang hanya ingat dia bagus, hanya salahkan kita dalam setiap benda kita sebut, maka sekali lagi Diam lebih baik.... sebab satu patah perkataan aku tulis pun lepastu salah aku, then he walk away with last word as if i am the stupid bitch.. well i dont care, respect goes along the way, respect go down the drain once you keep commenting on me and even blame my family... what else should i say or write, bila jawap sepatah sebab takut di salah ertikan... MASIH salah erti... buat apa lagi aku nak cari benda yang tambah kusut aku.... cukup apa yang aku hadapi sekarang

aku pun tak faham kenapa sesetengah orang yang hidupnya berjalan seperti yang diharapkan berterusan mengadu di FB dll benda kecik.... walhal ada orang lain yang lebih kurang bernasib baik.... oleh kerana aku dah tulis macam ni... lebih baik aku berterusan DIAM


teruskanlah cara kamu untuk terus salah faham dan sibuk salahkan orang lain
teruskanlah sibuk nak mengata, mengumpat
teruskanlah mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain
dah akhir sekali teruskanlah merasa diri hebat atas kecundangan orang lain

aku okay atau tak dan lain lain persoalan yang tak ada kena mengena dengan apa apa lagi....D.I.A.M

Friday, January 11, 2013

Pelajar, Manja, Tekanan dan aduan




Memang manja.... mengadu mengadu dan mengadu, bila di tegur terus cakap En, Dr, Prof tak professional, lecturer tak bagus dan terus mengadu mengadu dan mengadu apparatus la, MUET band 2 pun nak bagi grad? lab tak jumpa la, Fakulty tak bagus la menyusahkan pelajar, jadi saya pun nak mengadu ... kenapa manja sangat?

inikah kualiti yang kita nak... bukankah sedikit usaha akan membawa kita lebih jauh? entah.. renung renungkan

sedang aku tulis post ni.. tiba tiba kawan pengajar fizik tag aku pada gambar ni:



pengajar tersebut mendapat text : "Assalam, cik xpenah ajar pon pasal compressibility.dlm slide and buku xde pon pasal 2. ramai budak S1 xdpt jwb. markah hilang cm 2 je."

apa pendapat anda? sudah jelas soalan tersebut bagi saya... kesian pada kawan saya bila dia call budak tu terus letak bila pengajar tu beritahu rumus telah disertakan...

tak berani nak comment pasal attitude pelajar sebab aku sangat malas nak amik port sekarang pasal tahap kesungguhan mereka dan attitude 
 dan ramai yang tension bila pelajar layan tab dan HP. saya tak kisah pulak pasal tu cuma masa tengah bagi penerangan saya akan tanya... "okay okay letak segala device bagi ruang untuk saya explain kejap boleh tak?...." 

dan saya bagi Salam ketika mereka sibuk buat hal bukan berkenaan ketika saya sedang mengajar. 

alhamdullilah bila dah 2-3 kelas no more tab on table , HP di angkat bila cakap "saya nak explain ni" masing masing senyap sekejap maka mungkin itu caranya

dan kalau saya rasa muka pelajar saya haritu sangat blur, saya wajibkan setiap seorang jumpa saya sebelum balik, saya akan tanya ada apa apa yang tak faham nak tanya tak, baru bagi tandatangan attendance ... lucu sebab saya rasa keadaan ketika soal jawap macam tu kita boleh tengok usaha mereka, kita sendiri akan sejuk hati walaupun baru lepas rasa nak marah... tepuk sebelah tangan memang tidak berbunyikan

bab datang lewat, dulu salah kowt masa sem 2-3 mengajar sebab dah masak sangat dengan perangai bebudak kat sini dengan alasan diaorang aku buat macam cik gina buat gertak sikit... "minggu depan siapa datang lambat kunci pintu", walaupun cik gina tak kunci still duk luar pintu takut nak masuk walau 5 minit lambat.... tapi cara ini tidak bergitu berkesan

haha lepas tu sem seterusnya dah tahu nak jawap macam mana bila student cakap... "cik lecturer lain kalau kelas kul 8 pagi, 8.15 baru datang la cik..... cik ni skema la" 

Tak apa lah kawan kawan tak semua pelajar boleh terima kita, macam penilaian yang aku dapat (Rujuk no 6): 


tak kira la macam mana kita berusaha jadikan kelas itu menarik, lebih input, beri banyak muka dan contoh, bila ada seorang yang kita tegur cara baik atau tidak masih akan mereka simpan dalam hati.... masih akan ada satu group pelajar yang tidak boleh terima kita

yang penting kita jujur, professional dengan waktu dan masa mengajar , bagi input yang baik, sentiasa bersedia dengan soalan pelajar, tazkirah bila ada peluang ikut pada situasi, banyakkan bersabar, relax dan yang penting jangan sentap dengan pelajar sangat... 
kita tak boleh samakan zaman diaorang dan zaman kita

perbezaan dari segi dari mana diaorang datang, environment mereka memang macam ni, mungkin sampai masa untuk kita cuba approch lain

aku dah belajar dari kesilapan aku masa kena warning dengan dekan satu fakulti ini, walaupun aku still rasa sedikit terkilan pada dekan dan ketua jabatan hanya percaya pada pelajar tersebut aku belajar untuk lebih relax, dan biarkan sahaja, jika kualiti bukan yang di cari, maka aku hanya berusaha untuk sampaikan subject tersebut sebaik yang mungkin.... memang pelajar sekarang kebanyakkannya sangat minta hanya disuap, tapi ada cara untuk kita menggerakkan mereka supaya boleh gerak sendiri..... insyaAllah doa untuk mereka dan usaha dari kita mungkin akan cermin kembali kejujuran kita untuk mereka berjaya lebih terserlah ... jadi sabar la ok :D