Wednesday, December 26, 2012

Tahun Dua Ribu Tiga Belas

Harapan ... harapan aku agar segalanya berjalan lancar.

ya itu sahaja!

Ya Allah Perkenankanlah segala hajat dan cita cita aku ya Allah..... Hanya pada Engkau aku mohon ....

Selamat Tahun Baru Semua! Semoga segala hajat dan cita cita tercapai..... Amin

Tuesday, December 25, 2012

Bujang lapok bab belacan



lol i love this part so much hahaha apa daa punya semua.... sebab belacan nak pancung ....

Dr owh Dr

okay nak dijadikan cerita.. student aku tanya la siapakah kedua gerangan Dr Dr ini... maka
semangat la nak jawapkan.. sebab Dr hensem sebelah kiri adalah bos aku selama 2 sem.. mana kala Dr hensem sebelah kanan... jeng jeng jeng :

aku: (ambil telefon terus dail 07453 ****)
Dr Hensem Sebelah kanan: Assalamualaikum Ya!
aku: Dr saya ni Sharifah, Dr ada kat sana tak
Dr Hensem Sebelah kanan: ya ada, tapi pukul 3 ada hal... cepat datang eh
(jam tunjuk pukul 2.45)

5 minit selepas itu
aku: (isk dah lambat.. lari lari dalam A4 ketuk pintu) knock knock knock
Dr Hensem Sebelah kanan: ya masuk
aku: Dr !  (dengan semangat Buka pintu , Erkkkkk tecabut jantung , tutup pintu, tengok signage kat luar pintu, buka pintu balik, sengeh lebar lebar)

aku: Dr tadi Dr eh angkat phone...
Dr Hensem Sebelah kanan: ah saya la
aku: Maaf Dr saya nak cari Dr Nur Azam
Dr Hensem Sebelah kanan: Dia kat sebelah, awak ke yang nak jumpa
aku: Ya, tapi saya ingat extension tu dengan bilik ni bilik dia, Maaf Dr
Dr Hensem Sebelah kanan: owh macam tu, saya dah boleh gerak la ni...
aku: Ehe dah ... hehe maaf Dr

#facepalm harus ke aku buat muka kerang tu macam tu, apesal la telephone tak bagi salam tak tanya siapa dan main rempuh je... nasib la Dr Azam ada kat sebelah...Dr pun satu... awat la pindah bilik tak buat notice satu dunia tau....

hahhaa ingat balik memang lawak... sebab bukak pintu tutup pintu .. bukak balik .... hahhahaha Terasa diri muda dan ala student... gotohell alish hahaha

Monday, December 24, 2012

Esok


http://www.youtube.com/watch?v=_mPd_SDAryQ
Esok dah 25 december.... dah chrismas... semalam je dah lalu motorcross... banyak benda teringat banyak benda pening belaku dalam minggu ni pada tahun lepas...

aku dah start kusut pasal $$ dan hidup... Kuatkanlah aku Ya Allah... aku tak mampu hadapinya seorang diri... Perkenankanlah Segala doaku



dan belajarlah redha alish... dia yang putuskan, dia juga dah cakap dia tak akan jumpa dan berhubung dengan kau lagi... dia juga cakap dia dah berhubung dengan orang lain... redha la alish ... walaupun hati kau cintakan dia, sayangkan dia..... jika dia juga memahami pengorbanan kau dia akan sentiasa pelihara hubungan ini tapi dia  hanya lihat apa yang telah dia buat dan korbankan.... jangan terus bersedih kerana dia sudahpun bergembira...

Sesungguhnya aku tawakal Ya Allah atas ketentuan kau... aku berserah padaMu .... Lindungi aku Ya Allah

i read this and try to understand








Friday, December 21, 2012

Comel tak

comelkan forest ngan bear.....

up sikit dialog

Bear: Banyak ek rambut sekarang
Forest: Pakai Hair Pro ...

=.="" mana aku letak hair treatment ni... banjir punya pasal la ni...






Thursday, December 20, 2012

Redha dan dua tangkai rose/mawar putih bersama satu tangkai rose/mawar merah



walau ia merupakan paksaan.. dan hadiah sebab berjaya habiskan makanan... terima kasih
maaf ... mulut ni tak reti nak diam tak bermaksud nak membebel, tak bermaksud hendak masuk campur... sesungguhnya hanya kebahagiaan kau yang aku harapkan

hari ini aku benar benar hendak dia tahu aku nak dia bahagia... aku redha bila dengar cerita dia.... sebab aku dah lama rasakan perubahan itu, sejak dia kata dia "KESIAN" pada perempuan tu... telahan hati wanita biasanya tepat, mungkin juga salah, tapi sekiranya itu adatnya maka aku redha .... mungkin satu hari nanti aku juga mampu ikut jejak dan langkah kanda... teruskan hidup dan mengganti apa yang hilang ... satu hari nanti mungkin bahagia akan datang juga walau selama ni bahagia aku dengan adanya engkau .... terima kasih untuk yang terakhir kali ini... aku akan belajar

apa pun harini nak kongsi maksud pemberian bunga macam gambar atas ni

maksud permberian bunga diambil daripada: http://kawanlah.com/home/space.php?uid=24161&do=blog&id=53765


Satu tangkai bunga mawar merah = Cinta pada pandangan pertama atau masih mencintaimu.
Tiga tangkai bunga mawar = Aku mencintai mu
Mawar putih = Mawar putih simbol kepada keikhlasan dan ketulusan hati. Dan jika digabungkan dengan mawar merah, ia membawa makna “kesatuan”
Mawar merah =
Maknanya “saya sayang awak” dan menunjukkan perasaan yang halus dan romantis .

so untuk kes bunga atas ni maksud dia Kesatuan??? apakah............ huhu


Ya Allah bantulah aku untuk redha, bantulah aku untuk teruskan hidup aku, permudahkanlah perjalanan hidup aku

kenapa aku terlalu Merindui dan Mencintai RAJA KAPOOR



20.12.2012 cemburu

semakin mengelak semakin nampak

aku tak kuat, aku tak mampu nak buat seperti tiada apa yang berlaku

20.12.2011 adalah tarikh dimana segala harapan aku letakkan

segala angan angan aku pertaruhkan

macam macam ada dibenak hati aku..

aku cuba melepaskan perasaan marah, sakit yang aku alami, semakin aku cuba.. semakin lemah hati dan perasaan aku...

banyak benda yang berlaku... aku rasa sangat down di kala ini.. tak mampu nak ceritakan pada kawan kawan jauh sekali sanak saudara ... kenapa segalanya tak mudah bagi aku Ya Allah

Aku hanya mampu mohon dari kau....aku belum mampu bangkit... semakin banyak dugaan yang menimpa aku... harini aku cuba cari juga peluang

tapi banyak jalan yang tertutup.. mampukah aku bertahan.. mampukah aku miliki cita cita aku.... Aku Serahkan padamu Allah .. berikanlah aku kasih sayang dan kekuatan Mu

Tuesday, December 18, 2012

Lirik Bloodshed Srikandi Cinta ku + youtube video



Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan ku usung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

#aku suka nota dekat bahagian bridge lagu ni je.....

Monday, December 17, 2012

Tak ada hati


serius aku rimas ... rimas dengan semua orang.. aku rasa makin lama makin ramai pulak amik kesempatan .. tapi  aku perasan ni semua sifat pemalas diaorang yang harapkan orang lain..please la aku pun kalau ada problem aku cuba tak susahkan orang lain

yang paling geram sekali

kalau ada bunyik sengal macam ni .. lagi lagi kalau sms

1: Salams
aku: Walaikumsalamwarahmatullahiwabarakatuh
1: Nak mintak tolong boleh?
aku: ya sila nyatakan, insyaAllah kalau boleh
(2 jam lepas tu)
1: awak ni lecturer ke kat uthm?
aku: Apa ya saya boleh bantu
(1 Jam Lepas tu)
1: owh saya ni ada masalah boleh tak tolong
aku: ya boleh tak awak nyatakan bantuan yang awak perlukan ni
(3 Jam Lepas tu)
1: Owh macam ni , saya ni ........ tapi.... awak technician eh?
aku: macam ni la.. awak nak tahu saya ni siapa ke, awak nak mintak bantuan ke atau apa?

aku jumpa budak ni memang kena back hand
sekarang ni dalam list backhand aku ada 2 tutor PPD, UTHM
3 Student master UTHM ... weak sangat.. ko ingat ko tu student lagi ke apa... suap je...
dah la aku kurang gemar cakap dengan orang yang tahap kemahuan terhadap mengusahakan sesuatu amat  minimum...

please la... aku rasa marah sebab aku rasa tak adil

aku syukur masa mula mula dulu aku dapat contract dengan PPD en Mozou ajar saya sekali , seterusnya saya tak pernah mintak tolong dengan dia kecuali plo .... dan kertas soalan... alhamdullilah a little slap on my face was very good for me ... althou masa kat FKMP memang kena jalan sendiri... tapi on that day i learn something too


Tuesday, December 11, 2012

ugi owh bugis


i had a great laugh reading peoples comment... ya la budak zaman sekarang mana reti cakap bugis... last last PM


boleh bukak kelas ni

just wanna keep this for memory

Genap sebulan

10.11.12
11.11.12

aku rasa tak mampu nak tulis apa dah... aku tak mampu pun rasa marah

aku geram sebab tak kira la siapa lelaki lain duduk sebelah aku , walaupun abang aku , aku tak rasa selesa sebab aku dah biasa dia je sebelah aku, dia je duk tidur dalam kereta sebelah aku, dia je selalu makan sebelah aku.. sangat tak selesa ... apa ni... gila betul ke aku ?

Saturday, December 08, 2012

Mohon mendung berlalu


susah untuk segalanya berlalu 
aku terlalu sensitif dikala ini
segala yang kecil pun aku mudah terasa
sebab aku tak mampu nak bawak semua beban ni dekat bahu
yang aku tahu aku kalah segalanya
aku kalah dengan ketentuan yang telah ditetapkan

aku rasa berat nak pikul semua masalah ni, 
aku tak boleh terima perkataan ada hikmah di sebalik semua ni
aku tak nampak lagi hikmahnya
maka baranghal kecil pun terasa 
ini pulak terasa pada benda yang sangat sensitif atas kesilapan sendiri

aku cuma mampu mohon jadi kuat ,
jadi orang yang berbeza
kembali ke alish yang dulu

makin lama aku makin bukan aku
gelak tawa hanya bertahan 5 saat

aku rasa penat sangat, pasal hidup,
aku kusut dengan kerja,
aku kesian kat ibu,
aku dah tak kejar cinta,
aku dah tak cari macam macam benda sekarang

aku tak tau nak selesaikan masalah rezeki ni macam mana
pening pening dan pening.... rasa letih bila fikir

yang aku kejar adalah aku nak LARI

Tuesday, December 04, 2012

Rezeki


Alhamdullilah, aku nak jugak perasan rezeki aku berkat... walaupun sikit aku dapat kongsi kongsi dengan semua orang yang dekat dengan aku, dulu Ayie selalu bising kenapa nak tapao untuk technician sedangkan aku pun buat apa yang boleh untuk dia ....
BUKAN PATUTNYA AKU KE YANG TANYA KENAPA TAK BOLEH..... 

aku ingart lagi dia tanya aku " kenapa nak ajak aida ham makan" dan aku cuma jawap "hanya budi di balas dengan budi" dia marah.... sebab aku nak balas rezeki yang orang pernah bagi aku... selalu aku kusut bila dia tanya, kenapa nak belanja adik angkat dia, kenapa kawan dia

selama ni aku tak jawap sangat.. cuma , mungkin betul apa yang abang Safwan cakap ... aku agak dominant .... tapi aku still rasa bersalah lepas duk bagi arahan pelbagai dekat orang sekeliling.... dulu aku anggap confident level aku terlalu tinggi... tapi sebagai reward aku bagi sesuatu dekat diaorang... bukan senang nak orang senang dengan kita, dan aku tak pernah anggap rugi

dulu aku rasa marah kena sound dengan En Ashari ketua makmal CAD, Dia cakap , kenapa Ek nak kena belanja orang, entah, duit aku selalunya tertakluk untuk keluarga, kalau rezeki ada lebih memang aku akan belanja, sebab kadang kadang kita pun makan rezeki orang. kadang kadang curi gak bekal ham aida dengan erny. bila ada aku akan cuba juga pulang balik sebab aku pernah kenyang dengan ikhsan rezeki orang lain....



Monday, December 03, 2012

Birokrasi dan Rasa Terkilan


Aku tak rasa marah, mak aku jahat cakap jangan tolong lagi, tapi bagi aku ilmu untuk di kongsi.... cuma boleh tolong tak PPD kalau tak nak hire kita orang yang kerja macam hanjing ni sila la hire orang yang tak menyusahkan orang lain.... aku rasa terkilan sebab aku rasa birokrasi ni hanya perosak kualiti....

aku terkilan bukan sebab dia mintak tolong tapi aku terkilan sebab aku rasa aku buat lebih baik