Monday, November 26, 2012

Tampar

aku rasa nak pergi je kat aida sepak dia dua tiga kali... entah lepas baca dua tiga kali memang tak leh nak tahan gelak langsung... 

so jawapan aku kalau tampar tampar manja tu biasa la ikat kasih sebab geram kan.... so setuju jika penuh kasih sayang

tapi kalau dalam masa keadaan kesabaran di uji berkali kali maka jawapan dia no la kan....


adoi.. jawapan pun agak boleh tahan

aku terkejut... rupanya dua tinga kawan aku tampar laki diaorang.. erkk

kalau dapat suami macam Adam, ala cerita adam hawa tu kan best... dia cakap kat Ain.... awak tampar la saya 1000 kali pun , saya akan tunggu awak.... owh suami pemaaf romatik dan penyayang adalah idaman isteri comel cam aku :P awwww

Birokrasi / bureaucracy





bureaucracy [bjʊəˈrɒkrəsɪ]


n pl -cies


1. a system of administration based upon organization into bureaus, division of labour, a hierarchy of authority, etc.: designed to dispose of a large body of work in a routine manner

2. (Government, Politics & Diplomacy) government by such a system

3. (Government, Politics & Diplomacy) government or other officials collectively

4. any administration in which action is impeded by unnecessary official procedures and red tape

Collins English Dictionary – Complete and Unabridged © HarperCollins Publishers 1991, 1994, 1998, 2000, 2003


bunyi penerangan di atas tidak menggambarkan apa yang aku rasa atau apa yang aku lalui. birokrasi bagi aku dan apa yang aku nampak adalah "SALAH GUNA KUASA"

untuk dapatkan sesuatu anda perlu bodek untuk mendapatkannya.... atau sekurang kurangnya dengan puji pujian
untuk naik ke atas anda perlu kenal orang yang penting
untuk menegakkan kebenaran anda haruslah burukkan lawan anda

itu lebih tepat bagi aku. kerana apa yang aku lihat dan lalui adalah segalanya telah tertulis di atas kertas peraturan, pra syarat syarat yang tidak menjamin apa apa kepada orang yang lebih sepatutnya. itu lemah. kerana setelah apa yang dilalui setelah apa yang dilihat... akhirnya ketiga tiga cara diatas tetap menang... SEKIAN


p.s: maaf aku tak reti bodek, tak reti puji, tak reti menunjuk nunjuk. cukup aku jalankan tugas dengan seikhlasnya, mungkin aku tak akan menang selamanya dengan cara aku, tapi aku percaya Allah maha adil.

Sunday, November 25, 2012

Jalan-Jalan


kadang kadang rasa lucu bila orang predict aku selalu keluar berjalan, the truth is ... aku tak suka keluar kalau benda tu tak penting. but to break my oddness .. 1st dec ni rasa pulak nak gi mega tt.. mohon dimurahkan rezeki.

owh okay list of reason:

1. Penat - saya tak suka penat sangat... sebab bila penat jawapannya tidur je nanti.. keluar gi main bowling pun boleh result kepada tahap letih yang amat tinggi ....

2. Duit - aku bukan nak riak... tapi duit aku tanggung jawap aku untuk ibu dan rumah... so aku lagi suka spend beli ikan elok cam senangin, parang, beli daging pun Australian cut... topside ke , beli fresh berries, beli sayur , mushroom... yang penting makanan nampak tak elok.. tapi sihat amat... so jangan harap la nak gi karaoke ke apa ke...

3. Masa - aku leh cakap aku status butler kat umah ni.. i do most of the stuff.. tapi kalau dah keluar tu.. tak dapat la nak manage life elok elok.... alang tak keluar rumah aku dah tak terjuggle...

so sekian.. jgn samakan cara aku release tension macam korang... money time and health is the most important thing for me

Monday, November 19, 2012

30

Umur aku mencecah 30, ada sorang dua kawan yang belum kawin dah start rasa tension sebab tak kawin lagi

aku pulak dah tak tau nak kata apa... memang selama ni aku tak nak kawin awal.. banyak lagi yang belum capai dengan tanggung jawap yang tinggi untuk bersama dengan ibu buat aku rasa lebih relax dari mereka

tidak aku tak kecewa.. kebanyakkan masa aku salahkan diri aku kerana aku terlalu lembut... aku bersedia menerima sesiapa sahaja, aku tak pernah punya teman lelaki yang kaya, kacak, kerana aku sentiasa percaya kebahagiaan terletak kepada rasa tanggungjawap dan kesefahaman

aku idamkan lelaki yang mampu menjaga serba serbi aku, sebab aku pelupa, aku cuma pandai masak, pandai drive laju, rajin cuci kereta aku sendiri

aku dah jumpa lelaki tersebut, lelaki yang gantung setiap baju dia kemas kemas, lelaki yang jemur stokin  pun berpasang pasangan , lelaki yang buat kopi untuk aku masa aku sibuk, lelaki yang datang naik motor bawa yogurt waktu dia sibuk sebab aku kata lapar,  hantar aku pergi mengurut selepas aku jatuh berkali kali, lelaki yang datang melawat aku ketika aku sakit walaupun dia sibuk, lelaki yang sanggup pergi ke 4 kedai untuk cari marker hijau sebab aku complain dah cari kat 3 kedai kat bp semua tak ada color yang aku nak, lelaki yang sanggup belanja aku makan nandos kan jb melaka sebab aku rasa teringin walaupun gaji kami tak tinggi.

mungkin sudah tiada jodoh, pergaduhan demi pergaduhan, ketidaksabaran menguji hubungan itu...cabar demi mencabar akhirnya musnah....

satu kelemahan aku yang aku sedar tapi tidak mampu mengawal adalah cemburu, aku tak mampu untuk dibiarkan suatu soalan tidak berjawap dan kelemahan aku juga aku terlalu mudah memaafkan sehingga aku rasa kesabaran yang aku berikan, kepercayaan yang aku berikan di injak injak.

aku perlu lelaki yang mendampingi aku tahu yang aku sanggup lakukan apa sahaja untuk kegembiraan dia, aku juga sanggup hidup susah senang dengan dia, ya semua tahu aku hidup dengan senang selama ini... tapi aku sanggup kerana tidak tahukah lelaki wanita tidak mahukan lelaki yang perfect, cukup dengan sekadar mampu memberi kebahagiaan yang boleh dicemburui oleh wanita lain....



tidak susah juga untuk jaga aku, hanya perlu setia ... dan menghargai kehadiran aku ..itu sahaja'


bila aku baca post http://pakarcinta.com/blog/kenapa-mesti-bercinta-kalau-tidak-tahu-menghargai-setia/

bagi aku mungkin kebetulan lelaki tu kaya...

diam tak diam semua kenangan hadir dalam mimpi aku hari hari... aku cemburu lihat dia mampu jalani hidup dia tanpa aku... aku cemburu dia mampu lupakan segala, aku cemburu dia mampu buang segalanya pasal aku... tapi aku paling cemburu dia mampu buat semua tu walaupun aku dengan dia dah ada dalam hidup masing masing selama hampir dua tahun...

keluarga aku terlalu inginkan aku bahagia ... maka terima segalanya untuk pastikan aku bahagia dengan dia... segalanya dipermudahkan supaya dia tak susah untuk bersama dengan aku .... mungkin terlalu dipermudahkan kita tak mampu untuk hargainya.....

Ya Dinda cemburukan Kanda.... satu hari nanti saya harap saya boleh kuat seperti awak...

Sunday, November 18, 2012

Redha itu Ikhlas, Pasrah itu menyerah

aku tak pasti apa aku nak tulis, apa yang berlaku telah pun berlaku, aku percaya pada mu Ya Allah, walaupun segalanya dalam keadaan tidak baik untuk aku. aku masih mengharap engkau berikan segala ruang kebaikkan untuk aku... kerja owh kerja, bahagia oh bahagia, sihat owh sihat, dan jodoh owh jodoh...

aku selama seminggu ini amat membenci diri sendiri, 10.11.12 adalah titik noktah segala perjuangan aku, kesabaran aku sering di injak injak, aku akhirnya tumpas akibat hasutan syaitan setelah 25 minit aku menahan... akhirnya .... berakhirlah segala susah payah dan titik peluh perjuangan atas kesabaran aku.....

aku benci kerana aku terlampau mudah memaafkan, aku juga tidak mampu untuk melihat kejahatan orang lain terhadap aku, menyebabkan aku terusan ditindas dan dipergunakan, aku rasa marah sebab orang itu tidak sedar segala pengorbanan aku, haruskah aku sentiasa di cabar, kerana aku tak mampu ingat kejahatan orang kepada aku, ia memakan setiap sisa di hati dan nurani menyebabkan otak tidak mampu berfungsi dengan baik. Ya Allah, bantulah aku.

Thursday, November 15, 2012

update dan lelaki

harus ke aku update... nak tulis apa pun tak tahu... apa yang aku tahu banyak telah belaku.

usahlah alish engkau membuka aib sendiri, aib dia aib kau aib kau aib aku... 


jadi bila kena force update blog terus rasa lost bukan bukan lost yang series ada dekat tv. sebab takkanlah aku harus membuka aib aku sendiri tapi lelaki ....... ya lelaki...

disaat ini la macam macam lelaki wujud.. tapi harus ke suami orang.... why all the good guy always taken?

harus telinga aku dengar lelaki subut 3 kata melalui corong telefon bimbit yang telah sekian kalinya aku tekan reject....

apa pun.... sebenarnya aku nak share episode matlutfi yang paling best