Sunday, February 17, 2013

Peluang kedua dan persediaan diri

Peluang kedua bermaksud bermula dengan muka baru , buku baru tetapi jangan jadikan attitude diri sendiri sebagai penghalang

apalah maksud peluang kedua jika hanya untuk melakukannnya lagi
apalah maksud peluang kedua hanya untuk memusnahkan lagi

maka peluang kedua untuk diri aku bermaksud merubah segala yang pernah aku lakukan kepada perkara yang berbeza. kali pertama mengajar kita, kali kedua adalah untuk kita belajar dari apa yang telah belaku.

semua orang pernah mendapat peluang kedua, ada sesetengah orang tidak mampu untuk memberi peluang kedua

bila bercakap pasal peluang kedua... semua orang akan ingat dia bersangkutan dengan manusia lain...

tapi sebenarnya lebih kepada diri kita sendiri.... adakah kita memberi peluang kedua kepada diri kita sendiri atau tidak. Dan adakah perangai kita masih seperti dulu, jika jawapan anda adalah YA maka anda masih di tahap lama....

semalam aku terkilan sebab aku dah beri peluang kedua kepada diri aku sendiri... tapi di sekitar aku masih berada di tahap lama menyebabkan segalanya sukar untuk bermula. maka aku sedih memikirkan adakah ruangan ini juga akan hancur lebur . semangat yang asalnya tinggi luntur.

bila aku cakap aku ada masalah .... aku tak mampu nak sebarkan masalah aku... maka aku simpan dan simpan....

walau aku syukur ada yang ambil berat tapi mampukah mereka faham dengan keadaan aku.

Entahlah.... rasa hancur... saya sedih... tetap selubung hati aku pagi ni walau aku cuba untuk lupakan banyak perkara...

kenapa kesabaran kita selalu di uji...

baru baru ni aku rasa sangat sentap.... layanan orang berbeza.... tapi aku tak sangka kenapa orang sentiasa rasa dia bagus, keluarga dia bagus, pertuturan dia bagus, perangai dia bagus.... kenapa pula ada yang tahu mereka memang macam tu dan akhirnya mengulanginya diwaktu yang sama....

aku yang di kata kampung, aku yang di layan seperti SPM pun tak lepas, Degree pun tak lepas... aku tak terganggu dengan itu cuma aku terkilan dengan penilaian aku terhadap manusia... benarlah orang yang lembut sentiasa dipijak. Aku sedang mencuba selebih baik untuk biarkan air nampak tenang di permukaan walaupun hati aku melonjak lonjak berkocak.... TERKILAN

No comments: