Friday, January 11, 2013

Pelajar, Manja, Tekanan dan aduan




Memang manja.... mengadu mengadu dan mengadu, bila di tegur terus cakap En, Dr, Prof tak professional, lecturer tak bagus dan terus mengadu mengadu dan mengadu apparatus la, MUET band 2 pun nak bagi grad? lab tak jumpa la, Fakulty tak bagus la menyusahkan pelajar, jadi saya pun nak mengadu ... kenapa manja sangat?

inikah kualiti yang kita nak... bukankah sedikit usaha akan membawa kita lebih jauh? entah.. renung renungkan

sedang aku tulis post ni.. tiba tiba kawan pengajar fizik tag aku pada gambar ni:



pengajar tersebut mendapat text : "Assalam, cik xpenah ajar pon pasal compressibility.dlm slide and buku xde pon pasal 2. ramai budak S1 xdpt jwb. markah hilang cm 2 je."

apa pendapat anda? sudah jelas soalan tersebut bagi saya... kesian pada kawan saya bila dia call budak tu terus letak bila pengajar tu beritahu rumus telah disertakan...

tak berani nak comment pasal attitude pelajar sebab aku sangat malas nak amik port sekarang pasal tahap kesungguhan mereka dan attitude 
 dan ramai yang tension bila pelajar layan tab dan HP. saya tak kisah pulak pasal tu cuma masa tengah bagi penerangan saya akan tanya... "okay okay letak segala device bagi ruang untuk saya explain kejap boleh tak?...." 

dan saya bagi Salam ketika mereka sibuk buat hal bukan berkenaan ketika saya sedang mengajar. 

alhamdullilah bila dah 2-3 kelas no more tab on table , HP di angkat bila cakap "saya nak explain ni" masing masing senyap sekejap maka mungkin itu caranya

dan kalau saya rasa muka pelajar saya haritu sangat blur, saya wajibkan setiap seorang jumpa saya sebelum balik, saya akan tanya ada apa apa yang tak faham nak tanya tak, baru bagi tandatangan attendance ... lucu sebab saya rasa keadaan ketika soal jawap macam tu kita boleh tengok usaha mereka, kita sendiri akan sejuk hati walaupun baru lepas rasa nak marah... tepuk sebelah tangan memang tidak berbunyikan

bab datang lewat, dulu salah kowt masa sem 2-3 mengajar sebab dah masak sangat dengan perangai bebudak kat sini dengan alasan diaorang aku buat macam cik gina buat gertak sikit... "minggu depan siapa datang lambat kunci pintu", walaupun cik gina tak kunci still duk luar pintu takut nak masuk walau 5 minit lambat.... tapi cara ini tidak bergitu berkesan

haha lepas tu sem seterusnya dah tahu nak jawap macam mana bila student cakap... "cik lecturer lain kalau kelas kul 8 pagi, 8.15 baru datang la cik..... cik ni skema la" 

Tak apa lah kawan kawan tak semua pelajar boleh terima kita, macam penilaian yang aku dapat (Rujuk no 6): 


tak kira la macam mana kita berusaha jadikan kelas itu menarik, lebih input, beri banyak muka dan contoh, bila ada seorang yang kita tegur cara baik atau tidak masih akan mereka simpan dalam hati.... masih akan ada satu group pelajar yang tidak boleh terima kita

yang penting kita jujur, professional dengan waktu dan masa mengajar , bagi input yang baik, sentiasa bersedia dengan soalan pelajar, tazkirah bila ada peluang ikut pada situasi, banyakkan bersabar, relax dan yang penting jangan sentap dengan pelajar sangat... 
kita tak boleh samakan zaman diaorang dan zaman kita

perbezaan dari segi dari mana diaorang datang, environment mereka memang macam ni, mungkin sampai masa untuk kita cuba approch lain

aku dah belajar dari kesilapan aku masa kena warning dengan dekan satu fakulti ini, walaupun aku still rasa sedikit terkilan pada dekan dan ketua jabatan hanya percaya pada pelajar tersebut aku belajar untuk lebih relax, dan biarkan sahaja, jika kualiti bukan yang di cari, maka aku hanya berusaha untuk sampaikan subject tersebut sebaik yang mungkin.... memang pelajar sekarang kebanyakkannya sangat minta hanya disuap, tapi ada cara untuk kita menggerakkan mereka supaya boleh gerak sendiri..... insyaAllah doa untuk mereka dan usaha dari kita mungkin akan cermin kembali kejujuran kita untuk mereka berjaya lebih terserlah ... jadi sabar la ok :D

2 comments:

kaizen said...

sy rase dak yg komen tu komfom manje sgt... ahaaha time cik ajar dlu ok jer... chill cik... nnt ajar sy lg k?? hahaha

aLiSh said...

Sila lah takut.. saya dah serupa singa sekarang... grrr grr grrr