Sunday, November 18, 2012

Redha itu Ikhlas, Pasrah itu menyerah

aku tak pasti apa aku nak tulis, apa yang berlaku telah pun berlaku, aku percaya pada mu Ya Allah, walaupun segalanya dalam keadaan tidak baik untuk aku. aku masih mengharap engkau berikan segala ruang kebaikkan untuk aku... kerja owh kerja, bahagia oh bahagia, sihat owh sihat, dan jodoh owh jodoh...

aku selama seminggu ini amat membenci diri sendiri, 10.11.12 adalah titik noktah segala perjuangan aku, kesabaran aku sering di injak injak, aku akhirnya tumpas akibat hasutan syaitan setelah 25 minit aku menahan... akhirnya .... berakhirlah segala susah payah dan titik peluh perjuangan atas kesabaran aku.....

aku benci kerana aku terlampau mudah memaafkan, aku juga tidak mampu untuk melihat kejahatan orang lain terhadap aku, menyebabkan aku terusan ditindas dan dipergunakan, aku rasa marah sebab orang itu tidak sedar segala pengorbanan aku, haruskah aku sentiasa di cabar, kerana aku tak mampu ingat kejahatan orang kepada aku, ia memakan setiap sisa di hati dan nurani menyebabkan otak tidak mampu berfungsi dengan baik. Ya Allah, bantulah aku.

No comments: