Monday, November 19, 2012

30

Umur aku mencecah 30, ada sorang dua kawan yang belum kawin dah start rasa tension sebab tak kawin lagi

aku pulak dah tak tau nak kata apa... memang selama ni aku tak nak kawin awal.. banyak lagi yang belum capai dengan tanggung jawap yang tinggi untuk bersama dengan ibu buat aku rasa lebih relax dari mereka

tidak aku tak kecewa.. kebanyakkan masa aku salahkan diri aku kerana aku terlalu lembut... aku bersedia menerima sesiapa sahaja, aku tak pernah punya teman lelaki yang kaya, kacak, kerana aku sentiasa percaya kebahagiaan terletak kepada rasa tanggungjawap dan kesefahaman

aku idamkan lelaki yang mampu menjaga serba serbi aku, sebab aku pelupa, aku cuma pandai masak, pandai drive laju, rajin cuci kereta aku sendiri

aku dah jumpa lelaki tersebut, lelaki yang gantung setiap baju dia kemas kemas, lelaki yang jemur stokin  pun berpasang pasangan , lelaki yang buat kopi untuk aku masa aku sibuk, lelaki yang datang naik motor bawa yogurt waktu dia sibuk sebab aku kata lapar,  hantar aku pergi mengurut selepas aku jatuh berkali kali, lelaki yang datang melawat aku ketika aku sakit walaupun dia sibuk, lelaki yang sanggup pergi ke 4 kedai untuk cari marker hijau sebab aku complain dah cari kat 3 kedai kat bp semua tak ada color yang aku nak, lelaki yang sanggup belanja aku makan nandos kan jb melaka sebab aku rasa teringin walaupun gaji kami tak tinggi.

mungkin sudah tiada jodoh, pergaduhan demi pergaduhan, ketidaksabaran menguji hubungan itu...cabar demi mencabar akhirnya musnah....

satu kelemahan aku yang aku sedar tapi tidak mampu mengawal adalah cemburu, aku tak mampu untuk dibiarkan suatu soalan tidak berjawap dan kelemahan aku juga aku terlalu mudah memaafkan sehingga aku rasa kesabaran yang aku berikan, kepercayaan yang aku berikan di injak injak.

aku perlu lelaki yang mendampingi aku tahu yang aku sanggup lakukan apa sahaja untuk kegembiraan dia, aku juga sanggup hidup susah senang dengan dia, ya semua tahu aku hidup dengan senang selama ini... tapi aku sanggup kerana tidak tahukah lelaki wanita tidak mahukan lelaki yang perfect, cukup dengan sekadar mampu memberi kebahagiaan yang boleh dicemburui oleh wanita lain....



tidak susah juga untuk jaga aku, hanya perlu setia ... dan menghargai kehadiran aku ..itu sahaja'


bila aku baca post http://pakarcinta.com/blog/kenapa-mesti-bercinta-kalau-tidak-tahu-menghargai-setia/

bagi aku mungkin kebetulan lelaki tu kaya...

diam tak diam semua kenangan hadir dalam mimpi aku hari hari... aku cemburu lihat dia mampu jalani hidup dia tanpa aku... aku cemburu dia mampu lupakan segala, aku cemburu dia mampu buang segalanya pasal aku... tapi aku paling cemburu dia mampu buat semua tu walaupun aku dengan dia dah ada dalam hidup masing masing selama hampir dua tahun...

keluarga aku terlalu inginkan aku bahagia ... maka terima segalanya untuk pastikan aku bahagia dengan dia... segalanya dipermudahkan supaya dia tak susah untuk bersama dengan aku .... mungkin terlalu dipermudahkan kita tak mampu untuk hargainya.....

Ya Dinda cemburukan Kanda.... satu hari nanti saya harap saya boleh kuat seperti awak...