Saturday, September 15, 2012

Cinta mengatasi wang ringgit


Hish bersawang.... dah lama tak tulis apa apa...

sweetkan gambar atas ni,

sebenarnya aku terkejut masa post gambar ni, terdetik kat hati mesti ramai perempuan yang like.... tengok tengok lelaki yang ramai like.... antara aku yang bodoh atau memang trend zaman sekarang tak mampu nak terima lelaki yang tak ada wang ringgit, tak ramai yang sanggup. 

tapi yang mengecewakan aku bila makin ramai lelaki yang ingat perempuan semua nakkan $$$... dalam diam sebenarnya trend zaman sekarang wanita bekerja yang banyak cover untuk lelaki. saya percaya mereka sanggup kerana menerima lelaki yang berikan perhatian dan kasih sayang yang mana lelaki berwang tak mampu nak beri... iaitu kasih sayang sejati dan perhatian.

tapi alangkah sedih jiwa dan raga jika setelah apa yang kau buat untuk dia ; kasih sayang tu masih jauh dari pandangan mata. sedang sibuk kamu menjadi sesetia yang boleh, sedang kamu belajar mengawal diri dari berjumpa diri dengan orang lain diluar sana, batasi segala pergaulan yang ada untuk cinta kamu tapi dia hari demi hari ada sahaja yang melunturkan perasaan tersebut. hari demi hari ada sahaja yang mencari kebahagian dan menambah luka di hati kamu.

cinta adalah sesuatu yang unik sebab perempuan yang mencari cinta selalunya kekurangan cinta tersebut.
nasihat aku bukan mudah untuk aku sendiri buat: KAHWINILAH LELAKI YANG MENYAYANGI KAMU bukan sebaliknya. aku pasti ramai yang pernah dengar kenyataan tersebut. selagi masih termampu pergilah cari lelaki tersebut. aku pasti itu adalah satu satunya perkara yang boleh membuatkkan kita wanita bahagia.... maka cinta boleh mengatasi wang ringgit. 

aku cukup serik dengar perkataan tawar hati, sebab aku takut aku yang tawar hati

enough said.... tolong la mencintai wanita yang bakal menjadi ibu kepada anak anda setulus hati, itu perkara yang bukan mudah, aku tak percaya kita boleh nak mengharungi keadaan mengandung dalam kesedihan dan sendirian, aku just terbayang kalau waktu bercinta pun dah mengalami masaalah tersebut macam mana nanti. Wanita... tolonglah... sebelum terlambat , sebelum bertunang atau berkahwin dengan orang yang tidak perdulikan kita, carilah yang mencintai seadaanya kamu, memahami kamu dan boleh mengembirakan kamu.

iklan: Forum perdana harini jawap .. kenapa wanita pendek sedikit akalnya .. Jawapan: Sebab period tak boleh solat .. maka banyakkan ganti dan bersedekah dan cari suami yang sabar, memahami dan pemaaf ... errrk tersedak.... tak ada tulis duit kan hahahahah