Thursday, December 08, 2011

Untungla... SBPA oh SBPA

MAAF KALAU YANG AKU TULIS NI ADA YANG TERASA. 

Di saat saat ini aku sangat keliru dan marah .... bila Bendahari tempat kerja aku dah masuk bulan ke 3 tak clearkan claim aku.... start hati aku ni terdetik jahat... "Maaf walaupun kerja aku di bayar ikut jam yang telah ditetapkan, tapi aku boleh dikatakan ada 24/7 kat sini sedia berkhidmat bila di perlukan, tapi tak ada siapa paksa cuma aku rasa tanggung jawap aku ada kat sini, lagi pun memang hari hari aku ada at-least 3 jam berbayar kat sini, bukan riak, bukan belagak.... tapi layak ke diaorang terima, call je meeting, call je gerakan, call je ada event department, call lagi sekali ada hari keluarga department, call je kursus, semua makan dan relax percuma di waktu kerja" ...

mula rasa marah, sebab aku hari hari tinggalkan mak aku sorang sorang di rumah, hari hari aku bertolak sebelum pukul 7 mengelak kesesakan lalu lintas, kadang kala sempat masak untuk ibu, kadang kala aku pergi cam tu je, petang lepas kerja, kalau stress gi track tgk orang lari... no! aku tak lari aku tgk je... tak lebih 30 minute aku balik rumah. itu jelah masa aku. balik routine aku macam biasa. pukul 9 malam last check untuk email dan FB, kalau kalau ada kerja atau bantuan yang diperlukan oleh penuntut. bergitu "didikasi(ye saya perasan)" tapi tidak setimpal tidak pula bertukar ke status tetap. tidak pernah bising. sebab aku suka kerja aku. walaupun sering terluka kadang kadang rasa terhina dengan kata kata penuntut.

kembali ke cerita tadi, melihat "sesetengah" mereka yang acuh tidak acuh rasa marah dan geram semakin meningkat. tak adil untuk akak techinician kat depan ni yang rajin gila tak pernah tinggalkan bilik, bergitu juga abang techinician lab 2, yang lain kalau masuk lab tersebut serupa tak ada orang,  belum cerita dicampak baling untuk mendapat penjelasan mengenai tuntutan. akhirnya aku diam juga. berakhir seperti bulan sebelumnya. mengharap agar diberitahu jika ada kesilapan dari pihak aku atau sesuatu telah berlaku, tetap sabar menunggu sambil kebimbangan yang amat jika aku menyusahkan bonda yang berada dirumah. hari hari mengharung juga trafik batu pahat -parit raja, walaupun demam belum kebah, walaupun semalam baru keluar hospital... tapi mereka tidak perlu itu semua. Tinggal call EL, MC belum cerita admit hospital dapat GL lagi. Masih lagi kedengaran suara kurang bersyukur di sesetengah wall, "ala aku kira gaji aku naik 150 je"....

paling geram bila lihat kaum benci kerajaan tapi segala keuntungan dimasuk poket. bukan cakap politik, bukan perli, bukan semua PA macam tu, tapi majority...

paling sedih ramai kawan aku yang dulunya Gila kerja, tapi perlahan-lahan disini aku lihat seorang dua sudah mula kecundang..mungkin sudah menjadi kebiasaan akhirnya teradaptasi adat PA. kalau cerita Halal dan haram pada aku laju sahaja aku dengar. tapi halal haram yang disuap ke mulut menjadi darah daging apa cerita?

[ya aku bengang dengan kawan aku yang tulis kat wall dia pasal duit gaji dia yang tak cukup sentiasa, yang batang hidung pun payah nak nampak kecuali hari hari tertentu, yang paling aku geram cerita politik dia.... dah la pening la dengar.. orang lain ada je pembangkang tapi tak la bising macam ko kowt... relax dah la.. kalau tak puas hati .. ko je la jadi ahli politik.. betulkan mana salah.... aku lalu dengar suara ko pun aku tak lalu la....]

p.s lucu...perlu ke aku beritahu aku sangat perlu kerana aku tiada suami yang menanggung, atau aku anak Yatim yang sudah berumur ini ... ni saranan kawan aku.. tapi aku rasa telampau lucu sebab sedih gila .. menagih nagih baru boleh terimakah? untungla law aku dapat kerja tetap gaji tetap tiap bulan... mesti ibu tak susah

No comments: