Thursday, August 18, 2011

Melihat, Menerima dan Melepaskannya



MELIHAT

selama ini aku di kelilingi kawan kawan yang mempunyai hubungan yang amat aku cemburui...
cemburu itu sudah mesti... mereka dah berkahwin dan mempunyai anak.. tapi sekali pun aku tak nampak perubahan .. masih seperti waktu bercinta....

aku ada 4 abang kandung... aku tahu cara mereka bercinta.... cinta memang tiada paksaan... semuanya datang dari kehendak hati bagaimana mereka menjaga kekasih/isteri mereka.... sentiasa ada masa untuk sms dan call, lakukan apa sahaja yang termampu untuk sentiasa memperbaiki hubungan mereka suami isteri... aku kalah dalam memilih

aku tak tahu sampai bila aku akan cerita pasal benda ni

MENERIMA
selama ni aku terima sahaja layanan tak seberapa dari dia... sms yang kadang kadang sehari pun tak ada, call yang tidak acap aku terima.. kerana pelbagai alasan sebelum ni.... agenda dia yang sentiasa tiada aku didalamnya... semua aku terima
dan akhir sekali
aku terima... terima yang tahun yang sia sia itu adalah kesilapan aku... juga kegagalan aku... terkilan sebab aku gagal nampak .... punya susah dia nak bagi tau kehadiran aku dalam hidup dia... bila macam ni cepat sahaja dia bagitahu semua ketiadaan aku dalam hidup dia...

MELEPASKANNYA

Redha... dan semoga Allah berikan lelaki yang boleh menjaga aku dengan baik kelak.. walaupun sudah hampir tertutup segala ruang dekat hati ini aku hanya doa agar Allah ada dengan aku sentiasa....

aku harap ini post terakhir aku pasal dia.... Ya Allah berikan aku kekuatan Ya Allah...

aku rindu sangat arwah Walid aku ...