Sunday, February 20, 2011

Owh Sedapnya laksa sarawak


Yerp hujung minggu kali ni tidak dihabiskan sepenuhnya seperti biasa... harini rumah saya di-invade oleh dua makhluk asing... Lin dengan Epi.... hoho pepagi lagi dah cari santan perah untuk diaorang .... misi diaorang harini untuk masakkan laksa sarawak untuk ehem ehem diaorang iaitu Classmate, block mate...dan segala mate akan dapat rasa masakkan istimewa diaorang harini... dan seperti biasa saya pun manjang nyemak tengok diaorang masak... ngaa ....

parents diaorang hantar rempah khas ni dari sarawak:
ngaa oleh kerana ibu request nak rasa.... jadi ibulah rasmikan makanan diaorang nih... tertonggeng-tonggeng ibu puji diaorang dan seperti biasa diaorang pun kembang tahap max...
emmm yum yumkan gambar atas ni, ni lah dia final output Laksa sarawak yang diaroang bertungkus lumus buat dari 11 pagi sampailah pukul 5 petang tadi


tengok gambar bawah ni.. bukti bertapa banyaknya laksa yang dah siap dibungkus individual khas untuk kawan kawan diaorang...
muka masing masing letih gila
saya pun apa lagi ... sibuk nak masuk dalam gambar sekali
mesti diaorang happy gila dapat makan laksa sarawak.. padahal cuti sem dah dekat dah.... balik dari hantar mereka kat TDI aku terus post pix ni... sebab tengok ahh Lin tu camera bawak, beg camera bawak... step by step gambar buat laksa satu pun tak de... ngaa...macam mana pun saya dan ibu mengucapkan ribuan terima kasih tinggalkan laksa untuk kitaorang dekat rumah ni :D

Nota kaki 1: Thanks untuk laksa
Nota kaki 2: sapa kata jadi tolong tengok tak penat

Nota kaki yang tak ada kena mengena dengan post ni:
Thanks kat at sebab doakan saya harini.. walaupun tidak menjadi kenyataan sebab on-the-way balik ada sesuatu telah berlaku.... haha :D

4 comments:

inspirasiizra said...

laksa tu macam meehun la,,
memang camtu ek sarawak nye - -

aLiSh said...

huhu saya pun tak tau.. semalam first time rasa :D huhu okay gak lah .... tak macam kaum laksa utara laksa penang yang masam masam melampau tu.. ni dekat 60% sama dengan laksa johor kecuali bab penggunaan mee

inspirasiizra said...

alaa laksa guna mee spagheti,, kuah cam kari2 skit, pekat,,

laksa pantai timur gak sedap, yg macam bentuk kuew tiauw,,kuah putih,, laksam namanya,, heeee

aLiSh said...

Awak laksa yang spaghetti tu laksa johor la...

em laksam ok :D

laksa penang?
laksa kedah rasa cam ne?
laksa perlis ada ke?