Sunday, January 23, 2011

Dijengah Hasad Dengki

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:
  • Buruk sangka

  • Hasad dengki

  • Takut sial kerana sesuatu



Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: "Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." (Yang bermaksud): "Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Abul Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu:

  • Risau hati yang tak putus-putus

  • Bala yang tidak berpahala

  • Tercela yang tidak baik

  • Dimurka Allah s.w.t.

  • Tertutup padanya pintu taufiq

Semua yang atas ni.... Saya plagiarize dari : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/hasaddengki.htm
-------------------------------
WTH... please remove this feeling from me.... kenapa aku sangat cemburu atas kegembiraan orang lain... betul persoalan atari haritu.... aku tak bersyukur.... sepatutnya aku gembira lihat kegembiraan orang lain... ni aku rasa dengki irihati.. mungkin kerana mereka gembira tapi deep down in me lies tons of sadness.... memaafkan tidak cukupkah? Redha tidak cukupkah? pasrah tidak cukupkah? seharidua ni Alhamdullilah am set to moved on to different level of mindset... aku tak pernah rasa bergitu mencemburui sesuatu sehingga tahun ini... kat mana salah aku? sebelum ni segalanya aku terima sebagai persinggahan.. kenapa kali ni susah sangat ....
kenapa? kenapa? kenapaaaaaaaaaa
thats it.. i hate my self... and i disgusted with what i feel right now.... arghh alishhhhhh apa nih...
Ya Allah tolong lah ctrl+alt+del ke, ctrl+c ke.... perasaan ni...
Saya mahu teruskan perjalanan hidup saya.... dengan keredhaan dan perlindunganMU...

please... i need a new light.... and guide me to the path that are set for me since the beginning of Kunfayakun!
I only ask from you Ar-Rahman, Ar-Rahim, As-salam, Ar-razzaq, Al-Fattah, Al-Qabit, Al-Muiz, Al-Muqit,AL-muhyi, An-nur, Al-hadi, Ar-rashid, As-Sabur

2 comments:

kaizen said...

sabar dgn setiap dugaan krn Allah sentiasa dgn org2 yg sabar...

aLiSh said...

huhu thanks... sigh... cepat cepat lah hilang bebetul perasaan nih :D